
YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang telah melapangkan masa untuk menghadiri kenduri aqiqah cucu Haji Mahamad Zukhi bin Md. Saman (HJ. Pak Lang KI) pada Hari Ahad 26 Julai 2009. Turut mengiringi beliau ialah PA beliau yang juga AJK UMNO Bahagian Subang iaitu Sdra. Noridin bin Hj. Saat dan seorang lagi AJK bahagian iaitu Sdra. Zainal Abidin bin Rani. Sdra. Mohd. Razali Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Matang Jaya juga turut serta dalam rombongan YB. Dato' Bushro. Dalam masa yang sama YB. Dato' Bushro sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Tindakan beliau ini mendapat pujian dan sanjungan penduduk Matang Pagar.
No comments:
Post a Comment