Monday, November 16, 2009

Program Pemeriksaan Kesihatan Bersama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia ( NKF )

Pada Hari Ahad 15 November 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang telah berlangsung Program Pemeriksaan Kesihatan meliputi pemeriksaan buah pinggang, kencing manis , darah tinggi dan kolestral. Program tersebut adalah anjuran bersama UMNO Cawangan Matang Pagar dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama KRT dan JKKKP Matang Pagar. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dimana perasmiannya dilaksanakan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras. Seramai 120 orang hadir dalam program tersebut tetapi cuma hanya 96 orang sahaja yang sempat membuat pemeriksaan penuh. Yang lain hanya sempat membuat pemeriksaan tekanan darah dan kaunseling sahaja. Dalam program ini juga diselitkan Acara Khas iaitu sambutan Hari Lahir bagi sebahagian ahli-ahli yang lahir dalam Bulan November. Penyampaian sumbangan disampaikan oleh YB. Dato' Bushro.

" Penganjur mengucapkan Selamat Hari Jadi pada semua
ahli-ahli
yang lahir dalam Bulan November semoga
ceria dan bahagia
selalu hingga ke akhir hayat "




















































Friday, August 28, 2009

Majlis bacaan Yaasiin dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih

Pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam satu majlis bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah telah diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih. Seramai 60 orang penduduk telah menghadiri majlis tersebut. Dalam majlis tersebut para hadirin dapat merapatkan hubungan silatulrahim dan bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa. Pengerusi yang juga ketua UMNO Cawangan Matang Pagar mengucapkan terima kasih banyak kepada Tuan Haji Mohamad dan keluarga serta para hadirin yang telah menjayakan majlis tersebut.

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA "
Dari Ketua serta AJK UMNO Cawangan Matang Pagar