Friday, August 28, 2009

Majlis bacaan Yaasiin dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih

Pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam satu majlis bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah telah diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih. Seramai 60 orang penduduk telah menghadiri majlis tersebut. Dalam majlis tersebut para hadirin dapat merapatkan hubungan silatulrahim dan bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa. Pengerusi yang juga ketua UMNO Cawangan Matang Pagar mengucapkan terima kasih banyak kepada Tuan Haji Mohamad dan keluarga serta para hadirin yang telah menjayakan majlis tersebut.

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA "
Dari Ketua serta AJK UMNO Cawangan Matang Pagar

Sunday, August 2, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang

Pada 02 Ogos 2009 jam 10.00 pagi UMNO Bahagian Subang mengadakan Mesyuarat Perwakilannya bagi tahun ini bertempat di The Club @ Bukit Utama, Petaling Jaya, Selangor. Perwakilan dari UMNO Cawangan Matang Pagar ialah Haji Saad bin Md. saman dan Sdra. Saifullizan bin Saad. Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Abdul Latif bin Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Pada hari itu juga laman web UMNO Bahagian Subang dilancarkan.