Monday, November 16, 2009

Program Pemeriksaan Kesihatan Bersama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia ( NKF )

Pada Hari Ahad 15 November 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang telah berlangsung Program Pemeriksaan Kesihatan meliputi pemeriksaan buah pinggang, kencing manis , darah tinggi dan kolestral. Program tersebut adalah anjuran bersama UMNO Cawangan Matang Pagar dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama KRT dan JKKKP Matang Pagar. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dimana perasmiannya dilaksanakan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras. Seramai 120 orang hadir dalam program tersebut tetapi cuma hanya 96 orang sahaja yang sempat membuat pemeriksaan penuh. Yang lain hanya sempat membuat pemeriksaan tekanan darah dan kaunseling sahaja. Dalam program ini juga diselitkan Acara Khas iaitu sambutan Hari Lahir bagi sebahagian ahli-ahli yang lahir dalam Bulan November. Penyampaian sumbangan disampaikan oleh YB. Dato' Bushro.

" Penganjur mengucapkan Selamat Hari Jadi pada semua
ahli-ahli
yang lahir dalam Bulan November semoga
ceria dan bahagia
selalu hingga ke akhir hayat "