Sunday, July 26, 2009
Dato' Bushro turun ke Matang Pagar
Friday, July 17, 2009
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Subang
Pada 19 Julai 2009, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Matang Pagar akan menghantar tiga orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Subang. Mereka ialah Hajjah Khalijah binti Ahmad ( Ketua Wanita Cawangan ), Hajjah Harizan binti Ibrahim dan Kasmani binti Abdullah.
" UMNO Cawangan Matang Pagar Mengucapkan Selamat Bersidang "
Wednesday, July 15, 2009
Majlis Penyampaian Sumbangan JKM Oleh YB. Dato' Ir. Mohammad Bushro
Satu majlis penyampaian sumbangan bantuan untuk orang-orang yang kurang mampu, OKU dan pesakit kronik telah pun diadakan di pekarangan Pejabat ADUN Kawasan Paya Jaras, Bandar Baru Sungai Buloh pada 15 Julai 2009 jam 11.00 pagi. Sebanyak 130 orang yang terdiri dari pelbagai kaum telah menerima bantuan itu yang disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras.
YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN
Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang sedang
menyampaikan ucapan

Hj. Saad Md. Saman Pengerusi JKKKP Kg. Matang Pagar
sedang mengetuai bacaan doa dalam majlis tersebut
YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUNPaya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang sedang
menyampaikan ucapan

Hj. Saad Md. Saman Pengerusi JKKKP Kg. Matang Pagarsedang mengetuai bacaan doa dalam majlis tersebut
Monday, July 13, 2009
Mohon pandangan dan kerjasama
Assalamu"alaikum semua sahabat sahabat saperjuanagn,
Sebagai sebuah cawangan UMNO dalam bahagia Subang, saya amat mengharapkan sokongan, pandangan dan kerjasama daripada semua sahabat sahabat terutama sekali AJK Bahagian yang telah dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian yang lalu. Ini amat penting supaya aktiviti yang dianjurkan oleh cawangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga ingin maklumkan disini kepada pentadbiran UMNO Bahagian Subang bahawa ramai penyokong penyokong UMNO dan BN di Kampung Matang Pagar dan kawasan sekitarnya masih belum mendaftar sebagai pemilih. Oleh itu bertindaklah segera untuk mendaftarkan mereka itu sebagai pemilih. UMNO Matang Pagar sedia membantu.
" Bertindaklah segera!!! pihak lawan tidak mengerti istilah
rehat walau pun mereka memerentah Negeri Selangor "
rehat walau pun mereka memerentah Negeri Selangor "
Labels:
Mohon pandangan,
nasihat dan kerjasama
Sunday, July 12, 2009
ADUN Paya Jaras Turun Ke Matang Pagar
YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Paya Jaras telah melapangkan masa untuk turun ke Kampung Matang Pagar pada 12 Julai 2009 yang lalu bagi melancarkan program Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat anjuran UMNO Cawangan Matang Pagar dengan kerjasama JKKKP dan KRT Matang Pagar. Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 80 orang itu beliau menyarankan agar ahli ahli UMNO tidak lemah semangat untuk terus berjuang walau pun kini UMNO adalah sebagai pembangkang di Negeri Selangor ini. Turut hadir dalam majlis itu ialah Sdra. Noridin Saat AJK UMNO Bahagian Subang yang juga Pegawai Khas kepada YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro dan seorang lagi AJK Bahagian iaitu Sdra. Zainal Abidin Abdul Rani. Sdra. Abdul Rahim Abu Bakar, Pegawai JASA DUN Paya Jaras juga ikut serta.
YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor,
ADUN Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang
sedang menyampaikan ucapan

" Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini "
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini "
ADUN Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang
sedang menyampaikan ucapan
Friday, July 10, 2009
Program Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009
Dua minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri UMNO Cawangan Matang Pagar bersama sama dengan JKKKP dan KRT Matang Pagar akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjemput semua penduduk penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya yang terdiri dari semua kaum. Penganjur juga akan menjemput pegawai pegawai perpaduan Daerah Gombak, pegawai pegawai KEMAS dan lain lain lagi. YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang akan diminta menjadi penaung kepada majlis tersebut.
" PENGANJUR MENGHARAPKAN SOKONGAN SEMUA PIHAK
DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI "
DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI "
Program Taddarus Al-Qur'an
Pada pertengahan Bulan Ramadan nanti UMNO Matang Pagar akan bekerjasama dengan JKKKP dan KRT Matang Pagar untuk menganjurkan Program Taddarus Al-Qur'an bertempat di Surau Darul Ulum, Kampung Matang Pagar. Program tersebut terbuka kepada semua penduduk penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya tanpa mengira fahaman politik. Sesiapa yang berhajat untuk menyertai program taddarus itu bolehlah berhubung dengan biro agama JKKKP Matang Pagar atau berhubung terus dengan Haji Saad 019-2759688.
" MARILAH SAMA SAMA KITA MULIAKAN RAMADAN AL-MUBAROK "
Thursday, July 9, 2009
Majlis Bacaan Yaasiin Dan Doa Selamat
Satu majlis bacaan Yaasiin dan Doa Selamat anjuran UMNO Matang Pagar dan JKKKP Kampung Matang Pagar akan diadakan pada 12 Julai 2009 jam 8.45 malam di rumah Haji Saad bin Md. Saman Lot D-91, Jalan MP52, Kampung Matang Pagar. Tetamu kehormat majlis itu ialah YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang.
" SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR "
Wednesday, July 8, 2009
Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Matang Pagar
1. Pengerusi Tetap Haji Mahamad Zukhi bin Md. saman
2. Tim. Pengerusi Tetap .......
3. Ketua Cawangan Haji Saad bin Md. Saman
4. Timbalan Ketua Haji Mohamad bin Demanih
5. Ketua Wanita Hajjah Khalijah binti Ahmad
6. Ketua Pemuda Sdra. Saifullizan bin Saad
7. Setiausaha Sdra. Saifullizan bin Saad
8. Bendahari Sdra. Abdul Aziz bin Awang
9. Ketua Penerangan Haji Ismail bin Haron
10. Jawatankuasa Sdra. Sahari bin Abdul Hamid
11. Sdra. Zakaria bin Che Soh
12. Sdra. Abdul Rahman bin Bardan
13. Puan Kasmani binti Abdullah
14. Puan Hajjah Eshah binti Hasim
15. Sdra. Shaari bin Idar
16. Puan Maryam binti Md. Deni
17. Mustaffa Kamal bin Md. Nor
2. Tim. Pengerusi Tetap .......
3. Ketua Cawangan Haji Saad bin Md. Saman
4. Timbalan Ketua Haji Mohamad bin Demanih
5. Ketua Wanita Hajjah Khalijah binti Ahmad
6. Ketua Pemuda Sdra. Saifullizan bin Saad
7. Setiausaha Sdra. Saifullizan bin Saad
8. Bendahari Sdra. Abdul Aziz bin Awang
9. Ketua Penerangan Haji Ismail bin Haron
10. Jawatankuasa Sdra. Sahari bin Abdul Hamid
11. Sdra. Zakaria bin Che Soh
12. Sdra. Abdul Rahman bin Bardan
13. Puan Kasmani binti Abdullah
14. Puan Hajjah Eshah binti Hasim
15. Sdra. Shaari bin Idar
16. Puan Maryam binti Md. Deni
17. Mustaffa Kamal bin Md. Nor
Subscribe to:
Posts (Atom)

