Sunday, July 12, 2009

ADUN Paya Jaras Turun Ke Matang Pagar

YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Paya Jaras telah melapangkan masa untuk turun ke Kampung Matang Pagar pada 12 Julai 2009 yang lalu bagi melancarkan program Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat anjuran UMNO Cawangan Matang Pagar dengan kerjasama JKKKP dan KRT Matang Pagar. Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 80 orang itu beliau menyarankan agar ahli ahli UMNO tidak lemah semangat untuk terus berjuang walau pun kini UMNO adalah sebagai pembangkang di Negeri Selangor ini. Turut hadir dalam majlis itu ialah Sdra. Noridin Saat AJK UMNO Bahagian Subang yang juga Pegawai Khas kepada YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro dan seorang lagi AJK Bahagian iaitu Sdra. Zainal Abidin Abdul Rani. Sdra. Abdul Rahim Abu Bakar, Pegawai JASA DUN Paya Jaras juga ikut serta.

" Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini "


YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor,
ADUN Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang
sedang menyampaikan ucapan


YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro sedang berucap


Hj. Saad Md. Saman, Pengerusi JKKKP Kampung
Matang Pagar sedang menyampaikan ucapan.

Peserta lelaki sedang membaca yaasiin, doa selamat
dan tahlil arwah.

Sebahagian peserta perempuan sedang membaca
yaasiin, doa selamat dan tahlil arwah.


Haji Saad Md. Saman sedang memberi taklimat
sebelum bacaan yaasiin bermula



No comments:

Post a Comment